PENGASAS
Assad A Khan
Pengasas & Pelatih Bertauliah
Assad A. Khan, seorang pemimpin rentas-disiplin dengan pengalaman lebih lebih 16 tahun di medan keusahawanan, rundingan strategik, dan jaringan rentas sempadan—dari Asia Tenggara ke China hingga Timur Tengah. Sebagai Pengarah SAL Berhad, beliau memimpin usaha dialog antara agama sebagai amalan keharmonian yang memupuk kematangan masyarakat majmuk dalam meraikan kewujudan bersama. Melalui LogicLab, beliau melaksanakan program korporat dan komuniti dengan jumlah 178 bengkel, 32 latihan korporat dalam rundingan pragmatik (pragmatic negotiation) dan fikrah kritis (critical thinking), 26 forum serta seminar falsafah serta puluhan sesi diskusi tidak formal, dan 27 sesi dialog antara agama sebagai penyampaicara.

Viknesan
Pengasas Bersama & Pengkaji Bebas
Viknesan (aka Vik), seorang pereka grafik dengan pengalaman 15 tahun dalam bidang kreatif antara beberapa syarikat pengiklanan termasuk kerja bebas di lembah Klang.
Dari permerhatiannya terhadap masyarakat awam yang terlibat dengan penipuan perniagaan berunsur mistik, rohaniah dan pseudo-sains, maka beliau telah mengerakkan perjuangan peribadi untuk menguji dan membongkar dakwaan-dakwaan yang tidak berasas atau palsu. Dengan bersandarkan logik dan kaedah sains asas, beliau berharap hasil kerja beliau dapat menginspirasi masyarakat umum untuk mengamalkan fikiran kritis walaupun tanpa latar belakang akademik.


